Jabatan O&G HSB
JABATAN OBSTETRIKS & GINEKOLOGI, HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR STAR, KEDAH, MALAYSIA
English/ Malay
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) adalah sebuah hospital yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Alor Star. Hospital Sultanah Bahiyah mula beroperasi semenjak bulan Julai 2007. Hospital ini terletak di Jalan Langgar, Alor Star, Kedah iaitu kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar. Salah satu Jabatan yang terdapat di dalam Hospital ini adalah Jabatan Obstetriks & Ginekologi. Jabatan Obstetriks & Ginekologi dahulunya dikenali sebagai Jabatan Sakitpuan & Perbidanan. Jabatan Obstetriks dan Ginekologi , Hospital Sultanah Bahiyah mengendalikan rawatan secara menyeluruh segala masalah kesihatan dialami oleh kaum wanita yang melibatkan organ reporoduktif wanita termasuk penjagaan kesihatan ibu yang hamil serta anak di dalam kandungan. Untuk tujuan memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada kaum wanita , terdapat 4 unit subkepakaran telah ditubuhkan iaitu :
1. Unit Ginekologi Onkologi
2. Unit Perubatan Maternal-Fetal
3. Unit Perubatan Reproduktif
4. Unit Uro-ginekologi
Di samping unit-unit subkepakaran tersebut di atas, Jabatan ini juga menyediakan Perkhidmatan Obstetriks dan Ginekologi Umum yang dikendalikan oleh Pakar-Pakar yang terlatih.
Untuk mengetahui mengenai Hospital Sultanah Bahiyah dengan lebih lanjut sila klik Hospital Sultanah Bahiyah.
Untuk mengetahui mengenai Hospital Sultanah Bahiyah dengan lebih lanjut sila klik Hospital Sultanah Bahiyah.

Mula ditubuhkan pada bulan Januari 2003. Merupakan pusat rujukan kanser ginekologi bagi zon utara Semenanjung Malaysia. Unit ini dikendalikan oleh 3 orang Pakar Ginekologi Onkologi. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah :
1. Pencegahan kanser
2. Klinik Ginekologi Onkologi
3. Rawatan Pembedahan Kanser
4. Rawatan Kemoterapi
5. Rawatan Harian Kemoterapi
6. Rawatan Penjagaan Paliatif
7. Rawatan Kaunseling
8. Rujukan Rawatan Radioterapi
Buku Tulisan Dr.Rushdan (klik pada imej buku untuk mengetahui dgn lebih lanjut)

Mula beroperasi pada tahun 2006 dan dikendalikan oleh dua orang Pakar Perubatan Maternal-Fetal. Bidang subkepakaran ini adalah merujuk kepada penjagaan dan rawatan ibu dan anak. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
1. Diagnosa pranatal
2. Klinik kehamilan kembar
3. "Combined Clinic"
4. Klinik Kaunseling Pranatal
5. Penjagaan ibu hamil berisiko tinggi
6. Klinik Fetal Anomaly
7. Terapi fetus ("fetal therapy")

Unit ini baru beroperasi secara sistematik pada bulan Januari 2008. Terdapat 2 orang Pakar Perubatan Reproduktif yang mengendalikan rawatan kemandulan (infertiliti). Perkhidmatan yang disediakan adalah:
1. Rawatan stimulasi ovulasi dan Inseminasi Intrauterin (Pemanian Berhadas)
2. Rawatan bantuan reproduktif seperti IVF dan ICSI
3. Klinik Infertiliti
4. Klinik Menopaus
5. Prosedur-prosedur berkaitan dengan infertiliti(kemandulan)
Unit Uro-Ginekologi
Unit ini masih baru dan sedang berkembang. Dikendalikan oleh seorang Pakar yang mempunyai minat di dalam bidang uroginekologi. Perkhidmatan yang disediakan adalah :
1. Klinik Uroginekologi
2. Ujian Urodinamik
3. Pembedahan uroginekologi
Perkhidmatan Obstetriks & Ginekologi Umum
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
1. Klinik Antenatal
2. Klinik Posnatal
3. Klinik Masalah Haid ("Menstrual Disorder Clinic")
4. Early pregnancy assessment unit (EPAU)
5. Klinik Ginekologi Umum
6. Pemeriksaan Ultrasound
7. Rawatan kehamilan dan kelahiran biasa
8. Kaunseling dan Pendidikan Penyusuan Susu Ibu

Free Counter








